SPM 2018 -

Assalamualaikum, Hai ! Macam tak percaya masa berlalu dengan sangat cepat, pejam kelip pejam kelip dah tahun 2021. Kalau boleh diputarkan balik masa, aku mahu ke tahun 2018 yang penuh dengan kegembiran dan keceriaan bersama rakan rakan (my girls). Tahun 2018 yang menamatkan hidup aku sebagai seorang belajar sekolah :) Pertama sekali yang ingin aku nasihatkan , sebelum membuat apa-apa keputusan fikir la dulu. 
Selepas tamat persekolahan pada umur 17 tahun , habis sahaja kertas 2 pendidikan seni dan ekonami pada waktu itu, fikiran terlampau seronok bersama rakan-rakan. Pada minggu seterusnya, aku mula rasa bosan dan aku terfikir untuk mencari kerja buat semetara waktu menunggu keputusan SPM keluar. Dalam masa itu, aku berfikir tentang masa depan yang tak beberape cerah. Ibu dan Ayah tidak meletakkan harapan yang tinggi dekat aku dan mereka hanya meharapkan aku lulus dengan baik sebab aku anak bongsu dan seorang perempuan kan lagi la Ibu dan Ayah tak mengharapkan apa apa. 
(sedih betul bila fikirkan)

Ibu: kalau tak ada A tak apa, nanati terus mintak kerja (isi SPA8) tak pun kerja terus dekat aeon tu
       (aku berkerja disebuah super market sebagai juru jual sebuah kedai kecantikkan)

Mawar: Ok ibu, tapi cikgu suruh juga isi UPU. Lagi pun ibu, mawar dengan kawan-kawan ingat nak                        masuk form 6 sama-sama, nak amik aliran sejarah
Ibu: ok .

Selepas beberape hari, aku berasa sangat seronok dengan pekerja yang aku lalukan tambahan pula, aku dapat gaji setiap bulan dan boleh apa yang aku ingatkan. Minggu itu juga aku isi UPU, pertama sekali aku fikir aku nak jadi cikgu tapi dalam masa yang sama aku nak jadi seorang pakar ekonomi atau pun architure landskap sebab aku ada amik seni dan aku buat tajuk landskap. Isi punya isi 15 list tu (tanpa membuat sebarang kajia) dan aku pun submit. Beberape minggu selepas itu, UPU buat short list untuk apa yang kita mohon dan yang tinggal semua dalam course seni dan aku pun ok. Aku terus perkerja seperti biasa tanpa fikir dan hingga la tiba saat aku terpaksa berhenti kerja sebab nak masuk form 6 dengan rakan-rakan. 

Hari ini aku berhenti kerja, esok result SPM keluar dan aku buat biasa walaupun nervous sampai tak boleh tidur. Pagi tu , subuh masing masing chat dekat group then nak gerak pun sama sama pergi sekolah. Sampai dekat macam biasa naik pergi dewan dengan Ibu, duduk dan dengar ceramah semua Tiba la masanya diumumkan keputusan,

Pengetua: Saya akan bacakan mula dari yang dapat 7A sampai straight A. 

Aku dan yang lain tahu , kita orang tak ada harapan sampai la habis dan pergi dekat guru class untuk amik result, Alhamdulliah. Aku pernah mengharapkan 5A keatas tapi aku tahu aku tak study macam nak 5A .Walaupun bukan 5A still ada A samapai Ayah tak percaya time call bagi tahu dia. Ibu mungkin kecewa sebab tak dapat 5A tapi tak apa sebab aku dah try yang terbaik aku cuba. 

Tiba pada hari nak masuk form6 , semua rakan-rakan (my girls) seronok sebab kita orang semua amik aliran yang sama. Aku pun excited samapi beli baju kurung 8 pasang over kan :P

Lepas 2 hari sekolah tu , keputusan UPU keluar dan tak sangka aku dapat dan futri, farzana, afifah pun dapat tapi univertisi yang lain. Balik rumah , Ibu suruh terima dan Ayah jugak , cerita sekarang aku tak nak pergi jauh dari kawan-kawan. Tapi aku ikutkan jer sampai hari interview dekat universiti itu, lagi pun aku sama tempat interview dengan futri. Kita orang amik aliran art and design sebab tu kita boleh interview sama-sama. 

Pada hari interview tu, aku ini baru tahu Ya Allah, bawah aliran art and design tu ada department lain. Aku fikir masak masak jugak time tu aku ada 2 pilihan je sama ada Grafik atau Fesyen sebab aku dah amik Seni Halus. Time interview dengan lecturer tu , dia ada tanya ;

Lecturer : Betul ke nak amik Fesyen ?

Mawar : Betul .... (aku pun tak pasti)

Lecturer : Aliran ini die nampak senang tapi susah , kena banyak sabar dan banyak belajar tau. Ada                        basic menjahit tak ? 

Mawar : (Allahu) ada .. ada sikit sikit . 

Lecturer : Kalau macam ok , kita jumpa nanti dekat Seri Iskandar .

Habis la semua dan sekarang aku dah pun tamat semester 03. Pejalanan hidup dalam aliran Fesyen setakat ini , Allahmdulliah , tak mudah tak sukar tapi kena banyak banyak bersabar dan berdoa. Pada mulanya , aliran ini nampak seronok dengan gelaran "Fashion course" tapi ini sebaliknya. 

Nasihat aku dekat korang , fikir sebelum apply mana-mana course dekat UPU atau pun yang nak amik Universiti Swata ok. Aku doakan korang terus berjaya didunia dan akhirat <3
STAY HEALTHY AND STAY SAFE #covid-19

Comments