SPM 2018 -
Assalamualaikum, Hai ! Macam tak percaya masa berlalu dengan sangat cepat, pejam kelip pejam kelip dah tahun 2021. Kalau boleh diputarkan balik masa, aku mahu ke tahun 2018 yang penuh dengan kegembiran dan keceriaan bersama rakan rakan (my girls). Tahun 2018 yang menamatkan hidup aku sebagai seorang belajar sekolah :) Pertama sekali yang ingin aku nasihatkan , sebelum membuat apa-apa keputusan fikir la dulu. Selepas tamat persekolahan pada umur 17 tahun , habis sahaja kertas 2 pendidikan seni dan ekonami pada waktu itu, fikiran terlampau seronok bersama rakan-rakan. Pada minggu seterusnya, aku mula rasa bosan dan aku terfikir untuk mencari kerja buat semetara waktu menunggu keputusan SPM keluar. Dalam masa itu, aku berfikir tentang masa depan yang tak beberape cerah. Ibu dan Ayah tidak meletakkan harapan yang tinggi dekat aku dan mereka hanya meharapkan aku lulus dengan baik sebab aku anak bongsu dan seorang perempuan kan lagi la Ibu dan Ayah tak mengharapkan apa apa. ...